-->

AhMaD RiFa'I M0hAmMaD

Don't jugde book by looking it's cover..

Pages

  • Home
  • Tips-tips Berguna
  • About Me
  • Sharing Is Caring

Sunday, 20 November 2011

Kaedah Cara Elak Wifi Wireless Kena Hack Godam dan Digunakan Orang Luar

Pertama, pastikan modem router yang anda gunakan mempunyai kata laluan.


Perlu ditukar kata laluan sedia ada atau default yang disetkan pada modem router seperti admin, 12345 atau apa-apa sahaja kepada kata laluan yang lebih selamat.


Ia akan menyukarkan untuk sesiapa sahaja meneka dan memecah masuk kata laluan tersebut. Kalau perlu naik taraf kepada modem router yang lebih baik lagi.


Kedua, setkan pada modem router anda untuk nyahkan fungsi Broadcast SSID.


SSID (Service Set Identifier) merupakan perimeter bagi nama rangkaian anda dalam persekitaran rangkaian tanpa wayar.


Dengan ini, nama SSID tersebut disembunyikan daripada diketahui dan dicapai oleh pihak lain menerusi rangkaian tanpa wayar.


Ketiga, laksanakan fungsi enkripsi kepada rangkaian tanpa wayar anda.


Terdapat banyak fungsi enkripsi yang disediakan untuk rangkaian tanpa wayar ini seperti WEP (Wired Equivalent Privacy), WPA (Wi-fi Protected Access) dan WPA2. Penggunaan fungsi enkripsi WPA2 dengan teknik enkripsi AES (Advanced Encryption Standard) di cadangkan untuk talian tanpa wayar anda. Elak daripada menggunakan teknik enkripsi WEP kerana terdapat banyak program untuk menggodamnya dan ia mudah untuk digodam.


Keempat, hadkan capaian rangkaian tanpa wayar kepada alamat-alamat MAC tertentu sahaja seperti alamat MAC yang terdapat pada komputer anda.


Alamat MAC merupakan alamat fizikal bagi antara muka kad rangkaian yang digunakan oleh sesebuah komputer. Ia boleh dicapai dalam Windows dengan menaip perkataan ipconfig /all dalam program Command Prompt.


Kelima, seperti biasa sentiasa kemaskini sistem pengoperasian yang digunakan seperti Windows atau Linux, perisian anti virus dan perisian keselamatan yang lain seperti perisian Personal Firewall dan lain-lain. Pastikan kesemuanya berfungsi dengan baik dan menjalankan fungsi keselamatannya.


Elakkan daripada menggunakan rangkaian tanpa wayar anda secara terbuka kerana ia boleh mengundang sesiapa sahaja untuk menggunakan Internet menerusinya. Antara masalah yang timbul adalah ia akan menyebabkan capaian Internet anda menjadi perlahan. Ini kerana berkemungkinan ramai yang mencapai dan menggunakan rangkaian tersebut. Dengan itu, kadar capaian jalur lebar rangkaian anda akan dibahagi-bahagikan mengikut jumlah pengguna.


Seterusnya, rangkaian tanpa wayar secara terbuka ini juga boleh mengundang seseorang menggunakan talian Internet anda untuk melakukan pelbagai perkara yang tidak baik seperti perbuatan jenayah, fitnah, provokasi, penggodaman, melanggar undang-undang negara dan lain-lain. Jadi, berhati-hatilah.-Megabait.
Posted by Ahmad Rifa'i at 17:43
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

SONE :)

Create your own banner at mybannermaker.com!

Tik Tok ;)



Search

Cuaca!


bloguez.com

Hello Skit :)

Jom Cari Ak Kat FB ..

AhMaD RiFa'I M0hammaD

Loading...

Anonymously

Followers

Domo-kun Staring
Powered by Blogger.
Copyright by Ahmad Rifa'i..!!!